13.12.12. Allahuakhbar..Syukur..Alhamdullilah.....dua sahabat kita Mohd Alwi Chong dan brother Mattromassaro dari Itali kembali kepada Fitrah dan telah mengucapkan syahadah serta majlis diraikan bersama sama saudara kita yang lain di Pusat Aktiviti Saudara Kita dearah Kluang. Program yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zabri Bin Kamdi dan Pegawai Saudara baru Ustaz Izuddin Shaaran dengan bacaan doa dan selawat keatas junjugnan besar kita Nabi Muhammad SAW. Majlis doa selamat dan selawat telah dibacakan bagi kedua saduara kita dapat tabah mengahadapi segala cabaran setelah memeluk Islam dan marilah kita sama sama medoakan agar mereka berdua dapat bersama sama kita mengharumi nikmat Islam dan Iman. Aamiin.







No comments:
Post a Comment