11.1.2013 Program "KASIH ALLAH KASIH NABI" oleh Ustaz IQMAL VIJAY BIN ABDULLAH pada hari Jumaat ini 11/1/2013 mulai Maghrib solat berjemaah tempat di dewan Masjid Jamek Bandar Kluang berjalan dengan lancar. Seramai 100 orang saudara kita bersama ahli keluarga telah turut serta menjayakan program ini. Ustaz Iqmal Vijay seorang penceramah bebas dari Negeri Pahang, banyak menyampaikan ilmu agama terutama kisah kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan menyampaikan sambil memberikan contoh contoh yang mudah untuk saudara kita amalkan dalam pengamalan sunah sunah Rasul SAW. Turut hadir menjayakan program ini Tuan Kadi Pejabar Kadi Kluang Tuan Mohamad Khalil bin Mohamad Nor. BKSK Kluang turut menyumbangkan saguhati wang tunai kepada 3 orang saudara kita yang melanjutkan pelajaran asas agama PUSPA (Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzamshah), Jalan Pegawai, 08000 Sg Petani Kedah tel 04-4258561.
Rakaman peristiwa serta ranjau perjuangan Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) Daerah Kluang dalam mendepani usaha dakwah.
Sunday, January 20, 2013
Saturday, January 19, 2013
31.Disember 2012 AJK BKSK Kluang mesyuarat hari terakhir bagi tahun 2012 bersama Pegawai Saudara Kita. Dalam mesyuarat ini Pengerusi BKSK en.Mohd Shafiq bin Abdullah telah mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua AJK BKSK dan pegawai saudara kita yang menyumbangkan tenaga, masa, harta benda dan lain-lain bagi sepanjang tahun 2012. Tahun 2013 yang datang ini akan kita sama sama berganding bahu untuk membuat kebajikan yang lebih baik kepada ahli saudara kita daerah Kluang dan semoga usaha murni ini akan mendapat perlindungan Allah Taala. Aamiin.
Subscribe to:
Comments (Atom)






















